Monday, September 22, 2008

sejarah ting2 bab7 Dol Said pahlawan Naning

Naning terletak antara Rembau dengan Melaka yang di tadbir oleh Dato Naning Abdul Said. Pusat pentadbiran terletak di Taboh.Daerah Naning kaya dengan hasil keluaran seperti padi, buah-buahan,sirih dan bijih timah yg telah mendorong British utk mendapatkan Naning.

Faktor-faktor penentangan Dol Said
1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Naning
selepas perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British telah mendakwa Naning sebahagian dari Melaka dan menuntut rakyat Naning mematuhi peraturan yg ditetapkan di Melaka. perkara ini tidak disenangi oleh rakyat Naning yang menganggap Naning sebuah daerah yg merdeka dan berdaulat.
2. Menentang bayaran cukai
melalui undang-undang 1830 British telah memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil keluaran pertanian.Arahan ini telah menimbulkan kemarahan rakyat Naning.
3. Menentang pelaksanaan Undang-undang British
undang-undang barat (peraturan penghulu) telah menggugat kuasa dan kedudukan Dol Said kerana melalui undang2 ini penghulu tidak dibenar mengendalikan kesalahan(kes) jenayah.

Proses penentangan
Perang Naning 1 (1831)
British telah mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka lalu menghantar seramai 150 sepoi(tentera upahan) yg di ketuai Kapten Wyllie untuk menyerang Dol Said tetapi tentera British telah berjaya ditewaskan oleh Dol Said.
Sebab kemenangan Dol Said:
1. Taktik perang gerila
2. Mendapat bantuan luar spt Seri Menanti,Sg Ujong,Johol dan Muar

Perang Naning 2 (1832)
Kolonel Herbert telah mengetuai serangan terhadap Naning dengan kerjasama Rembau. Dalam peperangan ini Dol Said telah berjaya ditewaskan.

Kesan Perang Naning
1. Taboh iaitu pusat pentadbiran Naning telah ditawan dan rumah penduduk dibakar
2. Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyeraj diri kpd British
3. Naning telah disatukan dengan Melaka
4. Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka
5. British telah kerugian sebanyak 100 000 paun sterling

sejarah ting2 bab7 perjuangan di Kedah

perjuangan rakyat Kedah telah dipimpin oleh sultan Ahmad Tajuddin untuk membebaskan Kedah daripada Siam.

prosese penentangan:
1. Tunku Abdullah telah memimpin tentera pada tahun 1823 untuk membebaskan Kedah melalui Seberang Perai tetapi gagal kerana Siam telah dibantu oleh British.
2. Tunku Kudin telah berjaya menawan Kuala Kedah pada tahun 1831 melalui Melaka tetapi sekali lagi British telah membantu Siam dengan menghantar 5 buah kapal perang utk mengepug perairan Kedah yang telah menyebabkan Kedah terputus bekalan makanan dan senjata serta Tunku Kudin terkorban.
3. Sultan Ahmad Tajuddin telah merancang untuk menyerang Siam pada tahun 1836 melalui Bruas tetapi telah berjaya dikesan oleh British dan beliau telah ditangkap.
4. Tunku Muhammad Saad telah berjaya menawan selatan Kedah. kota Kuala Kedah dan mara ke Songkla tetapi sekali lagi British telah bantu Siam.

walaupun perjuangan rakyat Kedah mengalami kegagalan tetapi semangat perjuangan yg ditinjukkan oleh rakyat Kedah telah menyebabkan Siam telah mengembalikan takhta kepada sultan Ahmad Tajuddin pada tahun 1842 setelah rundingan Siam-Tunku Daei berlangsung di Bangkok.

nota sejarah ting2 bab1 faktor pengambilan pulau pinang

Pertapakan SHTI di Pulau Pinang

SHTI ditubuhkan oleh British utk:
1. Menjalankan perdagangan antarabangsa
2。Meluaskan tanah jajahan (menguasai negara lain)

faktor-faktor/sebab-sebab/kepentingan British di Pulau Pinang:
1. Pusat pengumpulan barang
barang-barang dari kepulauan Melayu seperti emas,bijih timah, dan lada hitam sesuai di kumpul di Pulau Pinang sebelum diniagakan dengan China.

2. Pelabuhan persinggahan
sesuai dijadikan tempat persinggahan kapal British sementara menunggu arah angin bertukar serta mendapatkan bekalan air, makanan serta tempat membaiki kapal

3. pangkalan tentera
sesuai dijadikan pangkalan tentera untuk mempertahankan petempatannya di India daripada serangan Perancis

kedaulatan Kedah tercabar
1. ancaman bugis
ancaman bugis telah bermula di Kedah setelah sultan Muhamad jiwa bertindak melantik tunku Abdullah sebagai raja muda Kedah yang mendapat tentangan daripada kerabat di raja Kedah kerana tunku Abdullah bukan anak gahara iaitu bukan anak yang dilahirkan oleh isteri sultan yang berketurunan raja

2. ancaman siam
setelah perang Siam-Burma tamat, Siam telah muncul sebagai satu kuasa besar dan telah menuntut kerajaan Kedah menghantar bunga emas, wang serta tenaga manusia. tuntutan tersebut telah menjejaskan kedaulatan negeri kedah dan sebagai langkah menjaga kedaulatan sultan Kedah telah meminta bantuan British.

Sunday, September 21, 2008

contoh soalan dan jawapan pahlawan pasir salak

Contoh soalan dan jawapan Pahlawan Pasir Salak.

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tema dan persoalannya.

Berdasarkan novel Pahlawan Pasir Salak karya Ismail Sarbini, tema novel ini ialah semangat perjuangan orang-orang melayu menentang penjajahan Inggeris sekitar tahun 1870-an. Datuk Maharaja Lela bersama-sama pengikutnya telah menentang kemasukan orang Inggeris ke kampung Pasir salak walaupun terpaksa berkorban nyawa. Semangat cintakan tanah air menyebabka mereka tidak gentar untuk terus berjuang hingga titisan darah yang terakhir.
Novel ini turut memaparkan persoalan seperti semangat patriotik dalam kalangan penduduk kampung. Contohnya, Deli, Lamin dan Akob sanggup berjuang bersama-sama penduduk kampung yang lain untuk menyerang Inggeris Di Bandar Tua. Usia tidak menghalang mereka untuk berbakti kepada tanah air mereka.
Selain itu, kesabaran yang tinggi juga turut ditonjolkan dalam novel ini. Penduduk Pasir Salak tidak terburu-buru menentang penjajah. Sifat sabar ini terbukti ketika kedatangan wakil Inggeris ke Pasir Salak untuk menampal surat kebenaran mengutip cukai. Mereka hanya melihat saja perahu menghampiri pengkalan kerana mereka telah merancang strateginya.
Akhirnya, persoalan sifat tamak juga terdapat dalam novel ini. Hal ini terpamer melalui watak Lamsah. Lamsah tamak akan harta dan kemewahan yang diberikan oleh pihak Inggeris menyebabkan dia sanggup menjadi pengkhianat bangsa sendiri. Contohnya dia telah berpura-pura dipukul oleh Inggeris demi mendapat perlindungan daripara Datuk Maharaja Lela dan penduduk kampung. Kesempatan itu sebenarnya membolehkan dia mendapat maklumat mengenai sistem pertahanan kampung Pasir Salak.


Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan binaan plot yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel Pahlawan Pasir Salak mempunyai plot kronologi. Plot merupakan susunan atau jalinan peristiwa berdasarkan sebab dan akibat. Plot terbahagi kepada permulaan, perkembangan, kemuncak dan peleraian.
Dalam novel ini, bahagian permulaan ialah memperkenalkan watak penting seperti Datuk Maharaja Lela, Deli dan beberapa watak lain. Deli sedang menutup warungnya dan dia terlihat sebuah perahu menghampiri pengkalan. Deli mendapati Lamin dan Pak Wan di dalam perahu tersebut. Pak Wan dipukul oleh anjing penjajah kerana enggan bayar cukai. Berita itu disampaikan kepada Datuk Maharaja Lela.
Bahagian perkembangan cerita ialah mengenai masalah yang dihadapi oleh penduduk Pasir Salak iaitu ancaman Inggeris. Pihak Inggeris telah membina pondok mengutip cukai di Pasir Salak tetapi dibakar oleh penduduk kampung yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Di sini telah mempamerkan keberanian dan taat setia masyarakat terhadap tanah air mereka. Pasir Salak menerima kedatang orang yang tidak dikenali iaitu Lamsah.
Cerita ini mencapai kemuncak cerita apabila Lamsah membakar pondok kawalan dan melarikan diri. Sementara itu Residen Birch dibunuh oleh Sepuntum dan Mat Arshad dibunuh oleh Pandak Endut. Pembunuhan ini telah menimbulkan unsur saspen kerana pihak Inggeris pasti akan menyerang Pasir Salak.
Plot mencapai peleraian apabila angkatan Inggeris menyerang Pasir Salak tetapi dapat diselamatkan oleh penduduk Pasir Salak kerana kebijaksanaan Datuk Maharaja Lela menyusun strategi peperangan dan keberanian penduduk kampung menentang musuh. Semua tali barut Inggeris terbunuh.


Huraikan watak penting/utama/putih/protagonis/baik berdasarkan novel yang telah anda kaji.

Deli merupakan watak penting dalam novel Pahlawan Pasir Salak. Deli merupakan anak Pak Itam. Deli salah seorang pemuda di kampung Pasir Salak.
Deli seorang yang mempunyai semangat cintakan tanah air yang tinggi. Sikapnya amat jelas apabila dia sanggup berkorban nyawa demi tanah airnya. Contohnya semasa peperangan antara Inggeris dengan Pasir Salak, Deli turut serta dalam peperangan tersebut.
Selain itu, Deli merupakan seorang yang berani. Walupun usianya masih muda namun Deli tidak pernah takut. Contohnya ketika berlawan dengan tiga wakil Inggeris yang datang ke warungnya untuk meminta cukai.
Antara sifat yang kurang baik dalam diri Deli ialah pendendam. Deli mendendami orang yang sanggup belot terhadap tanah air sendiri. Contohnya, dia sangat mendendami Lamsah yang telah membakar pondok kawalan dan menyampaikan segala aktiviti di Pasir Salak kepada Inggeris.


Huraikan watak utama/penting/baik/protagonis/putih dalam novel yang telah anda kaji.

Datuk Maharaja Lela merupakan watak utama dalam novel Pahlawan Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela merupakan ketua kampung Pasir Salak. Beliau seorang ketua yang baik, prihatin dan bertanggungjawab.
Datuk Maharaja Lela seorang yang bijak menyusun strategi peperangan. Sebelum berperang, Datuk Maharaja Lela telah menyusun strateginya iaitu membina kubu pertahanan di Bandar Tua. Bandar Tua terletak di antara Bandar Bharu dengan Pasir Salak. Tujuannya ialah, penduduk kampung boleh menyerang Inggeris Di Bandar Tua kerana Inggeris pasti tidak akan menyangka serangan bermula di situ.
Selain itu, Datuk Maharaja Lela seorang yang pandai meramal. Sewaktu kedatangan Lamsah yang mendakwa dirinya dipukul oleh anjing penjajah, Datuk Maharaja Lela mula curiga dengan kedatangan Lamsah secara tiba-tiba, tetapi dia cuba menyembunyikan keraguan tersebut. Namun benarlah bahawa Lamsah seorang pengkhianat.
Akhirnya, Datuk Maharaja Lela merupakan seorang tegas. Beliau enggan menurut kemahuan Mat Arshad supaya pergi berjumpa dengan Residen Birch. Datuk Maharaja Lela juga dengan tegas tdak memnenarkan Inggeris menampal surat kenyataan mengutip cukai di Pasir Salak dan mengarahkan pengikutnya mengoyak surat tersebut dan membunuh sesiapa yang menampal surat tersebut.

Wednesday, September 10, 2008

salam perkenalan

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana sudi melayari blos saya,buat masa sekarang blog ini masih dalam proses pembikinan dan memerlukan masa untuk di muatkan bahan-bahan terutamanya dalam pendidikan bagi membantu pelajar,ibu bapa dan guru-guru utk mendapatkan maklumat serta pengetahuan.