Wednesday, August 19, 2009

Cakupan Peperiksaan Percubaan SPM 2009(september)

Tajuk penting tingkatan 4(bab 5 hingga 10)
1.Tamadun Indus
2. Kedatangan Islam di Asia Tenggara
3. Kerajaan Turki Uthmaniyah
4. Zaman Gelap
5. Renaissance
6. Reformation

Tajuk penting tingkatan 5 (bab 4 hingga 7)
1. Pembentukan Malaysia
2. Yang di Pertuan Agung dan Badan Kehakiman
3. Persekutuan Tanah Melayu (1948 dan 1957)
4. Pakatan Murni
5. Lambang-lambang Negara (Jata negara, bendera dan lagu)

nota
cakupan di atas telah merangkumi kertas 1 dan kertas dua.
selamat menduduki peperiksaan untuk pelajar 5 a ren.
jangan lupa masa cuti nanti baca sejarah ok.

Tuesday, August 18, 2009

ujian kecil tingkatan 2 bab 5

1. mengapa Sabah menjadi tumpuan pedagang barat
2. siapakah wakil A S yg mendapat konsesi daripada Sultan Brunei
3. Syarat W H Treacher untuk membanyu Ovebeck
4. Tanggungjawab Majlis Penasihat
5. peranan jabatan2 di Sabah
6. perjanjian 1888
7. perjanjian 1877
8. peristiwa tahun 1704
9. jawatan Sir Rutherford di Sabah
10.tanggungjawab British terhadap syarikat selepas pemberian piagam
11. tugas pegawai daerah
12. jawatan timbalan penolong pegawai daerah
13. mahkamah di Sabah


Monday, July 20, 2009

Cakupan Ujian Kecil SPM Julai 2009


Bab 6 Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia

Tajuk-tajuk Penting:
1. Faktor pembentukan persekutuan Malaysia (teks ms 138 hingga 140)
2. Langkah - langkah pembentukan Malaysia (teks ms 149 hingga 151)

Selamat menduduki ujian untuk pelajar 5 A Ren..

Cakupan Ujian Kecil PMR Julai 2009

Bab 5 Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Tajuk-tajuk penting
1. Kepentingan kemerdekaan (teks ms 148)
2. Rombongan Merdeka (teks ms 149)
3. Perjanjian London 1956 (teks ms 151)
4. Suruhanjaya Reid (teks ms 154)
5. Perlembagaan Merdeka (teks ms 157)
6. Pemasyhuran Kemerdekaan (teks ms 166)
7. Upacara menurunkan bendera Union Jack (teks ms 160)

Selamat menduduki ujian untuk pelajar 3 Ren, 3 Ping n 3 Zhi semoga mendapat markah penuh....

Wednesday, July 8, 2009

Cakupan ujian kecil Tingkatan 2 julai

Bab 4: Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke

1. Peranan Raja Muda Hashim (ruijuk teks ms 77)
2. Majlis Tertinggi dan Majlis Bahagian (rujuk teks ms 84)
3. Perlembagaan Sarawak 1941 (rujuk teks ms 86)
4. Kegiatan perlombongan di Sarawak (rujuk teks ms 90)
5. Dasar Pecah dan perintah (rujuk teks ms 92)
6. Perubahan ekonomi (rujuk teks ms 87)
7. Sekolah Cina di Sarawak (rujuk teks ms 95)
8. Jabatan Pelajaran (rujuk teks ms 95)

nota:
soalan berbentuk subjektif
Selamat menduduki ujian kepada pelajar 2 Xin, 2 Cheng dan 2 Yong

cakupan ujian kecil PMR julai

Bab 4: Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan

1. Kompromi antara UMNO-CLC (rujuk teks ms 122)
2. Sistem pendidikan sebelum merdeka, penekanan kepada sekolah Melayu dan Cina (rujuk teks ms 126 dan 128)
3. Sistem Ahli (rujuk teks ms 131)
a)tujuan
b)ciri-ciri
4. Kelonggaran kerakyataan (rujuk teks ms132)
5. Penubuhan RIDA (rujuk teks ms 134)
6. Manifesto Parti Perikatan
7. faktor kemenangan parti perikatan

nota:
soalan berbentuk subjektif
selamat menduduki ujian kepada pelajar 3 Ren, 3 Ping dan 3 Zhi

Tuesday, July 7, 2009

cakupan ujian kecil SPM julai

Bab 5: Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka

1. Sistem Ahli (rujuk teks ms 117, 118 dan 119)
a)Tujuan
b)ciri-ciri
c)peranan
d)kesan

2.Pakatan Murni(rujuk teks ms 119, 120 dan 121)
a)maksud
b)usaha-usaha/langkah-langkah
c)rundingan UMNO-CLC
d)Parti Kemerdekaan Malaya(konsep dan sokongan)

nota:
soalan berbentuk struktur yang terbahagi kepada 2 soalan (20 markah)
selamat berjaya kepada pelajar 5 A Ren.

Monday, May 11, 2009

Contoh soalan SPM

Huraikan proses pembentukan kerajaan Islam Madinah yang diasaskan oleh nabi Muhammad S.A.W.? (8m)

contoh jawapan
Berbeza dengan proses pembentukan negara bangsa di Eropah yang telah mengamalkan realpolitik serta politik darah dan besi,pembentukan negara Islam Madinah merupakan satu contoh penyatuan prinsip Islam yang telah diketengahkan oleh nabi Muhammad s.a.w.Baginda telah membentuk dan menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam Madinah. perlembagaan yang dikenali sebagai Piagam Madinah telah berjaya menyatukan masyarakat berbilang kaum di bumi Madinah seperti orang Yahudi, orang Kristian dan orang Arab telah menunjukkan prinsip pembentukan negara bangsa Eropah jauh berbeza dengan prinsip pembentukan kerajaan Islam di Madinah.

nabi Muhammad s.a.w telah menekankan konsep dan cara diplomasi, musyawarah dan permuafakatan dalam menjayakan misi dan visi baginda untuk merealisasikan negara bangsa Islam di Madinah.konsep inilah yang telah menentukan kejayaan baginda dalam pembentukan kerajaan Islam MAdinah.Kejayaan nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan bahawa amalan kerjasama dan permuayakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat amatlah diperlukan. amalan sebegini perlulah dicontohi dan diamalkan untuk menjamin keutuhan negara dan bangsa yang merdeka.

Bagaimanakah pergerakan pertubuhan dan persatuan-persatuan di Sabah sebelum perang dunia ke-2? (8m)
Pergerakan persatuan dan kesedaran kebangsaan di Sabah tidak menonjol seperti yang berlaku di Tanah Melayu. Kegiatan persatuan di Sabah hanya terdapat cawangan-cawangan Persatuan Sahabat Pena sahaja iaitu seperti di Jesselton(Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau.Kegiatan dan pergerakan persatuan ini mirip kepada persatuan di Tanah Melayu.Anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.Kegiatan berpesatuan ini tidak menyeluruh dan hanya melibatkan kawasan-kawasan tertentu sahaja. Pergerakannya hanya bersifat setempat seperti di bandar-bandar tetapi tidak tersebar ke kawasan pedalaman. perkara ini berlaku kerana kesulitan perhubungan dan taraf pendidikan yang masih rendah di Sabah. Dua faktor ini telah menyebabkan pergerakan persatuan dan kesedaran kebangsaan di Sabah amat perlahan.

Huraikan pergerakan persatuan yang telah berlaku di Sarawak sebelum perang dunia ke-2? (10m)
kegiatan berpesatuan di Sarawak lebih baik daripada di Sabah. Persatuan Melayu Miri telah ditubuhkan pada tahun 1936 dan diikuti oleh Persatuan Melayu Sarawak pada tahun 1939. Penubuhan ini hasil pengaruh persatuan di Tanah Melayu. Idea penubuhan Persatuan Melayu Sarawak sebenarnya telah bermula sekitar tahun 1937 tetapi gagal kerana dibantah oleh James Brooke yang menguasai Sarawak ketika itu. Namun dengan kesungguhan Datu Patinggi Abang Abdillah akhirnya James Brooke bersetuju mendaftarkannnya. Persatuan ini pernah menghadiri Kongres Melayu 1940 di Singapura.Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak bertujuan untuk mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran agama Islam. persatuan ini mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Melayu Sarawak terutamanya di Kuching.Pergerakan persatuan di Sarawak sebenarnya bermula sejak penjajahan keluarga Brooke tetapi hanya bersifat kepentingan ekonomi dan sosial sahaja belum ada bibit-bibit kesedaran politik dalam kalangan masyarakat di Sarawak.

Huraikan kedatangan pengaruh Hinddu dan Buddha ke Asia Tenggara? (10m)
Sebelum kedatangan pengaruh Hinddu dan Buddha di Asia Tenggara, masyarakat Asia Tenggara secara umumnya telah memiliki kebudayaan sendiri sejak zaman logam termasuk amalan animisme. Terdapat beberapa pendapat sejarawan mengenai kedatangan pengaruh Hinddu dan Buddha di Asia Tenggara;pendapat pertama mengatakan bahawa pengaruh ini dibawa oleh Ksyatria(tentera).mengikiut pendapat ini golongan penakluk dari India yang telah membentuk tanah jajahan di Asia Tenggara bertanggungjawab mengembangkan kebudayaan Hinddu dan Buddha. manakala pendapat kedua pula menjelaskan bahawa pengaruh Hinddu dan Buddha telah dibawa oleh golongan vaisya (pedagang) yang telah mengembangkan pengaruh ini secara tidak langsung semasa mereka menjalankan perdagangan di tanah besar Asia Tenggara.Pendapat ketiga pula mendakwa penyebaran pengaruh Hinddu dan Buddha telah dijalankan oleh golongan Brahmin(pendeta). manakala pendapat keempat pula menegaskan bahawa proses ini berlaku melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja kemudiannya disesuaikan dengan kebudayaan masyarakat tempatan.Walaubagaimanapun sejarawan bersetuju dan menerima pendapat keempat dan ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan seni arca yang kasar seperti yang ditemui di Srivijaya iaitu ikatan tali kulit harimau.
walaubagaimanapun proses pengambilan terhadap pengaruh HInddu dan Buddha di Asia Tenggara berbeza dalam kalangan pemerintah walaupun pengambilan pada masa yang sama contohnya dalam aspek amalan dan kepercayaan.Agama yang dianuti di Kedah tua pada abad ke 5 ialah Buddha tetapi di Indonesia ialah Hinddu.


Jelaskan pengaruh Hinddu dan Buddha dalam aspek pemerintahan di Srivijaya? (10m)
Sistem pemerintahan di Srivijaya amat komplek jika dibandingkan dengan sistem pemerintahan kerajaan lain di Asia Tenggara. Pengaruh India dalam sistem pentadbiran itu lahir dalam bentuk konsep raja yang mengamalkan agama Buddha Mahayana.
Raja akan dibantu oleh pentadbiran pusat dan pentadbiran daerah. dalam pentadbiran pusat terdapat empat kumpulan anak raja iaitu Yuvaraja, Pratiyuvaraja, Raja Kumara dan Raja Putra. Seorang daripada tiga anak raja akan menggantikan raja kecuali RAja Putra kerana dia merupakan anak gundik. di bawah anak raja terdapat Parvanda atau senapati iaitu ketua pentadbiran pusat dan dibawahnya terdapat pegawai lain seperti hakim, temenggung dan penghulu. Hamba raja merupakan golongan paling bawah dalam hieraki pentadbiran . pentadbiran daerah pula ditadbir oleh datu yang dilantik oleh raja yang dapat dibahagi kepada 2 iaitu parvanda (berketurunan raja ) dan bhupati (orang-orang kaya). golongan datu ini perlu mengikuti upacara angkat sumpat yang dijalankan di Telaga Batu.


goooooood luck to all student 5 a ren..

Wednesday, May 6, 2009

Cakupan Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 5 (TERKINI)

Tajuk Tingkatan 4
1. Kedatangan pengaruh hinddu dan Buddha ke Asia Tenggara (esei)
2. Sistem tulisan - tujuan dan kepentingan (esei)
3. Tamadun Mesir purba (struktur)
4. Penyebaran Islam di makkah (struktur)

Tajuk tingkatan 5
1. Pembinaan negara bangsa (Jerman dan Italy) esie
2. Perjuangan nasionalisme oleh persatuan-persatuan Melayu (esei)
3. Ciri-ciri negara dan bangsa (struktur)
4. Penentangan tokoh-tokoh terhadap British (esei)
5. Gerakan islah (struktur)

sila ambil perhatian untuk pelajar 5 A ren!
soalan untuk gerakan nasionalisme di Burma tidak terdapat dalam skop peperiksaan ini. so tak perlu baca pasal Burma.

Friday, May 1, 2009

Wednesday, April 29, 2009

Tuesday, April 28, 2009

Cakupan Peperiksaan Pertengahan Tahun Mei 2009 (Tingkatan 2)

Soalan tingkatan 2 untuk peperiksaan pertengahan tahun terbahagi kepada:
Bab 1: Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura)
Bab 2: Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tanagan British (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang)
Bab 3: Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor Benteng Keselamatan British (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor)

Soalan berbentuk aneka pilihan (objektif) 60 soalan

Selamat menduduki peperiksaan kepada pelajar 2 Xin, 2 Cheng dan 2 Yong.

Cakupan Peperiksaan Pertengahan Tahun Mei 2009 (Tingkatan 3)

soalan peperiksaan merangkumi empat bab iaitu:
Bab 1: Pendudukan Jepun di Negara Kita
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 3: Parti Komunis Malaya dan Darurat
Bab 4: Kerjasama Kaum ke Arah Kemerdekaan

soalan berbentuk aneka pilihan (objektif) 60 soalan.

selamat menduduki peperiksaan kepada pelajar 3 Ren, 3 Ping dan 3 Zhi.

Friday, April 17, 2009

cakupan peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 5(spm) 2009

Soalan esei

Topik tingkatan 4
1. Kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara
2. Sistem tulisan

Topik tingkatan 5
1. Nasionalisme di Burma
2. Pembinaan negara dan bangsa
3. Perjuangan nasionalisme oleh persatuan-persatuan Melayu

Selamat menduduki peperiksaan untuk pelajar 5 A Ren dan dengan tips ini dapat membantu anda semua mengulangkaji.

Thursday, April 16, 2009

cakupan ujian kecil b2 tingkatan 3

topik-topik penting:
1. Malayan Union;
a) Tujuan penubuhan
b) Faktor penentangan

2. Pentadbiran Tentera British
a) Tujuan

3. Persekutuan Tanah Melayu
a) Tujuan
b)ciri-ciri

4. Kongres Melayu 1946

Selamat berjaya kepada semua pelajar 3 Ren, 3 Ping dan 3 Zhi. Semoga memperoleh markah penuh.