Wednesday, April 29, 2009
Tuesday, April 28, 2009
Cakupan Peperiksaan Pertengahan Tahun Mei 2009 (Tingkatan 2)
Soalan tingkatan 2 untuk peperiksaan pertengahan tahun terbahagi kepada:
Bab 1: Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura)
Bab 2: Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tanagan British (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang)
Bab 3: Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor Benteng Keselamatan British (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor)
Soalan berbentuk aneka pilihan (objektif) 60 soalan
Selamat menduduki peperiksaan kepada pelajar 2 Xin, 2 Cheng dan 2 Yong.

Cakupan Peperiksaan Pertengahan Tahun Mei 2009 (Tingkatan 3)
soalan peperiksaan merangkumi empat bab iaitu:
Bab 1: Pendudukan Jepun di Negara Kita
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 3: Parti Komunis Malaya dan Darurat
Bab 4: Kerjasama Kaum ke Arah Kemerdekaan
soalan berbentuk aneka pilihan (objektif) 60 soalan.
selamat menduduki peperiksaan kepada pelajar 3 Ren, 3 Ping dan 3 Zhi.

Friday, April 17, 2009
cakupan peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 5(spm) 2009
Soalan esei
Topik tingkatan 4
1. Kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara
2. Sistem tulisan
Topik tingkatan 5
1. Nasionalisme di Burma
2. Pembinaan negara dan bangsa
3. Perjuangan nasionalisme oleh persatuan-persatuan Melayu
Selamat menduduki peperiksaan untuk pelajar 5 A Ren dan dengan tips ini dapat membantu anda semua mengulangkaji.

Thursday, April 16, 2009
cakupan ujian kecil b2 tingkatan 3
topik-topik penting:
1. Malayan Union;
a) Tujuan penubuhan
b) Faktor penentangan
2. Pentadbiran Tentera British
a) Tujuan
3. Persekutuan Tanah Melayu
a) Tujuan
b)ciri-ciri
4. Kongres Melayu 1946
Selamat berjaya kepada semua pelajar 3 Ren, 3 Ping dan 3 Zhi. Semoga memperoleh markah penuh.

Monday, November 17, 2008
serangan portugis ke atas melaka (tingkatan 1)
Pada bulan April 1511 Alfonso de Albuquerque telah meninggalkan Goa di India dengan menaiki kapal perangnya Flor de la Mar untuk menyerang Melaka. Beliau tiba di pelabohan Melaka pada 1 Julai 1511. Kedatangan beliau adalah ekoran daripada peristiwa yang telah dialami oleh Panglima Perangnya Lopez de Sequeira semasa rombongan tersebut yang datang ke Melaka pada 1509. Dalam peristiwa tersebut rombongan Lopez de Sequeira telah diserang dan sebilangan askarnya ditahan oleh Bendahara Melaka. Keadaan ini terjadi di atas hasutan pedagang-pedagang Arab dan India yang menaruh curiga dan iri hati terhadap perdagangan yang akan dijalankan oleh saudagar-saudagar Eropah itu. Pada hari ini 25 Julai 1511, Alfonso de Albuqueque telah mula menyerang bandar dan pelabuhan Melaka selepas beberapa rundingan dengan pemerintah Melaka menemui jalan buntu. Sultan Mahmud dan anakanda baginda Raja Ahmad berserta dengan pasukan tenteranya telah bermati-matian mempertahankan Melaka daripada serangan ganas Portugis itu. Pihak Portugis pula mempunyai maksud yang lebih besar iaitu selain dari ingin menguasai pelabuhan yang kaya itu mereka juga membawa misi keagamaan tersendiri iaitu meneruskan perang salib ke atas orang-orang Islam seluruh dunia. Askar Portugis telah melancarkan serangan pada waktu Subuh pada hari ini dengan kekuatan tentera seramai 800 orang Portugis, dan 200 orang askar Malabar yang lengkap bersenjata. Mereka mendarat di bahagian utara dan selatan bandar Melaka. Sultan Mahmud dan Raja Ahmad telah bertempur hebat dengan tentera Portugis selama beberapa jam yang mengakibatkan ramai askar daripada kedua-dua belah pihak terbunuh. Banyak rumah, harta benda dan istana Sultan sendiri telah musnah dalam serangan ini. Saki baki askar-askar Portugis pula yang merasakan kekalahan telah lari semula ke kapal perang mereka di laut. Ramai diantara mereka mati terkena tembakan meriam, tombak dan sumpitan beracun orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu Melaka telah dapat mempertahankan tanah air mereka dari pencerobohan Portugis dalam serangan kali pertama ini. Mereka telah dapat mempertahankan Melaka daripada kuasa besar yang mempunyai tujuan untuk menguasai perdagangan dan menghapuskan perkembangan Islam. Kekalahan Portugis itu kemudiannya telah ditebus kembali pada 10 Ogos 1511, apabila Alfonso de Albuquerque sekali lagi menyerang bandar Melaka. Dengan tipu helah yang dijalankan oleh Alfonso de Albuquerque dan sikap saudagar-saudagar India di dalam bandar Melaka yang membantu Portugis serta bantuan daripada jong-jong saudagar China di laut telah memberikan kejayaan kepada Portugis menguasai bandar dan Pelabohan Melaka yang kaya raya itu. Portugis terus bertapak di Melaka hinggalah kalah di tangan askar-askar Belanda pada 1641.
Subscribe to:
Posts (Atom)