Tuesday, October 21, 2008

Nota t3 Pendudukan Jepun di Negara Kita

Pemerintahan Tentera Jepun
Negara Jepun telah terkenal sebagai kuasa imperialis (penjajah) setelah pemerintahn di terajui oleh maharaja Mikado Meiji yg telah melancarkan pemodenan meiji (Pemulihan Meiji) menekankan pemodenan dan perindustrian. Bagi mencapai kejayaan dalam pemulihan meiji ini, negara2 barat telah dijadikan model.

sebab2 negara China menjadi sasaran awal perluasan kuasa Jepun:
a)kepentingan bahan mentah di China
b)negara China berpotensi menjadi pasaran barangan Jepun

Faktor2 perluasan kuasa Jepun:
a)masalah ekonomi;
i.pertambahan penduduk di Jepun
ii.kekurangan tanah pertanian
iii.keperluan bahan mentah spt petroleum,bijih timah
iv.memerlukan kawasan pasaran baru utk memasarkan barang Jepun
b)sekatan ekonomi
Amerika syarikat telah mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun setelah Jepun enggan berundur dari negara China.sebagai menyelesaikan masalah sekatan ini, kerajaan Jepun yg dipimpin oleh golongan tentera (Jeneral Tojo) telah melancarkan serangan ke atas asia tenggara bagi membebaskan Jepun daripada sekatan tersebut.

propaganga Jepun untuk mempengaruhi masyarakat di Asia Tenggara (tanah melayu)
a)Asia Untuk Orang Asia
Negara asia adalah untuk masyarakat asia dan tidak wajar dijajah oleh kuasa barat.Sebagai bukti Jepun tidak menyerang dan menakluki Thailand kerana tidak dijajah oleh barat
b)Semangat Asia
Negara2 Asia mempunyai kekuatan dan jati diri yg tersendiri untuk menghadapi cabaran.Sebagai bukti negara Jepun telah berjaya mengalahkan Rusia 1905.
c)Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya
Rancangan Jepun untuk mewujudkan zon (kawasan) ekonomi yg makmur yg diketui olehnya tetapi rancanagan ini tidak berjaya kerana sekatan ekonomi ihak bersekutu dan peperangan berlaku.

*Propaganda yg telah dilancarkan oleh Jepun telah berjaya mempengaruhi masyarakat asia tenggara sehinggalah kedatangan tentera Jepun sebagai penjajah tidak disedari oleh rakyat.Ini memberi iktibar kepada kita bahawa:
i.perlu berhati-hati dengan propaganda dari luar
ii.slogan yg baik perlu dalam melaksanakan (menjayakan) sesuatu misi (matlamat)

Cara kemaraan tentera Jepun ke Tanah Melayu
Tentera Jepun telah mendarat di Thailand (Singgora dan Pattani) sebelum melancarkan serangan ke pantai timur (Kelantan) dan pantai barat (kedah).Maksudnya tentera Jepun melancarkan serangan secara serentak dari utara ke selatan Tanah Melayu (rujuk peta 1.3 buku teks ms 7).Tentera Jepun telah menggunakan kapal terbang,kereta kebal penggempur, bot dan basikal utk melancarkan serangan di Tanah Melayu.

kesan2 peperangan:
a)kemusnahan infrastruktur (kemudahan asas).cth Jambatan Guillemard di Kuala Krai, Kelantan
b)kemusnahan sumber ekonomi. cth ladang getah dan lombong bijih timah
c)kemusnahan bangunan. cth. bangunan muzium Selangor telah menghancurkan tamadun manusia
*Semasa berundur tentera British telah menggunakan taktik 'Bumi Hangus' iaitu memusnahkan kemudahan asas dan sumber ekonomi untuk melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun dan melumpuhkan ekonomi.