Monday, May 11, 2009

Contoh soalan SPM

Huraikan proses pembentukan kerajaan Islam Madinah yang diasaskan oleh nabi Muhammad S.A.W.? (8m)

contoh jawapan
Berbeza dengan proses pembentukan negara bangsa di Eropah yang telah mengamalkan realpolitik serta politik darah dan besi,pembentukan negara Islam Madinah merupakan satu contoh penyatuan prinsip Islam yang telah diketengahkan oleh nabi Muhammad s.a.w.Baginda telah membentuk dan menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam Madinah. perlembagaan yang dikenali sebagai Piagam Madinah telah berjaya menyatukan masyarakat berbilang kaum di bumi Madinah seperti orang Yahudi, orang Kristian dan orang Arab telah menunjukkan prinsip pembentukan negara bangsa Eropah jauh berbeza dengan prinsip pembentukan kerajaan Islam di Madinah.

nabi Muhammad s.a.w telah menekankan konsep dan cara diplomasi, musyawarah dan permuafakatan dalam menjayakan misi dan visi baginda untuk merealisasikan negara bangsa Islam di Madinah.konsep inilah yang telah menentukan kejayaan baginda dalam pembentukan kerajaan Islam MAdinah.Kejayaan nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan bahawa amalan kerjasama dan permuayakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat amatlah diperlukan. amalan sebegini perlulah dicontohi dan diamalkan untuk menjamin keutuhan negara dan bangsa yang merdeka.

Bagaimanakah pergerakan pertubuhan dan persatuan-persatuan di Sabah sebelum perang dunia ke-2? (8m)
Pergerakan persatuan dan kesedaran kebangsaan di Sabah tidak menonjol seperti yang berlaku di Tanah Melayu. Kegiatan persatuan di Sabah hanya terdapat cawangan-cawangan Persatuan Sahabat Pena sahaja iaitu seperti di Jesselton(Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau.Kegiatan dan pergerakan persatuan ini mirip kepada persatuan di Tanah Melayu.Anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.Kegiatan berpesatuan ini tidak menyeluruh dan hanya melibatkan kawasan-kawasan tertentu sahaja. Pergerakannya hanya bersifat setempat seperti di bandar-bandar tetapi tidak tersebar ke kawasan pedalaman. perkara ini berlaku kerana kesulitan perhubungan dan taraf pendidikan yang masih rendah di Sabah. Dua faktor ini telah menyebabkan pergerakan persatuan dan kesedaran kebangsaan di Sabah amat perlahan.

Huraikan pergerakan persatuan yang telah berlaku di Sarawak sebelum perang dunia ke-2? (10m)
kegiatan berpesatuan di Sarawak lebih baik daripada di Sabah. Persatuan Melayu Miri telah ditubuhkan pada tahun 1936 dan diikuti oleh Persatuan Melayu Sarawak pada tahun 1939. Penubuhan ini hasil pengaruh persatuan di Tanah Melayu. Idea penubuhan Persatuan Melayu Sarawak sebenarnya telah bermula sekitar tahun 1937 tetapi gagal kerana dibantah oleh James Brooke yang menguasai Sarawak ketika itu. Namun dengan kesungguhan Datu Patinggi Abang Abdillah akhirnya James Brooke bersetuju mendaftarkannnya. Persatuan ini pernah menghadiri Kongres Melayu 1940 di Singapura.Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak bertujuan untuk mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran agama Islam. persatuan ini mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Melayu Sarawak terutamanya di Kuching.Pergerakan persatuan di Sarawak sebenarnya bermula sejak penjajahan keluarga Brooke tetapi hanya bersifat kepentingan ekonomi dan sosial sahaja belum ada bibit-bibit kesedaran politik dalam kalangan masyarakat di Sarawak.

Huraikan kedatangan pengaruh Hinddu dan Buddha ke Asia Tenggara? (10m)
Sebelum kedatangan pengaruh Hinddu dan Buddha di Asia Tenggara, masyarakat Asia Tenggara secara umumnya telah memiliki kebudayaan sendiri sejak zaman logam termasuk amalan animisme. Terdapat beberapa pendapat sejarawan mengenai kedatangan pengaruh Hinddu dan Buddha di Asia Tenggara;pendapat pertama mengatakan bahawa pengaruh ini dibawa oleh Ksyatria(tentera).mengikiut pendapat ini golongan penakluk dari India yang telah membentuk tanah jajahan di Asia Tenggara bertanggungjawab mengembangkan kebudayaan Hinddu dan Buddha. manakala pendapat kedua pula menjelaskan bahawa pengaruh Hinddu dan Buddha telah dibawa oleh golongan vaisya (pedagang) yang telah mengembangkan pengaruh ini secara tidak langsung semasa mereka menjalankan perdagangan di tanah besar Asia Tenggara.Pendapat ketiga pula mendakwa penyebaran pengaruh Hinddu dan Buddha telah dijalankan oleh golongan Brahmin(pendeta). manakala pendapat keempat pula menegaskan bahawa proses ini berlaku melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja kemudiannya disesuaikan dengan kebudayaan masyarakat tempatan.Walaubagaimanapun sejarawan bersetuju dan menerima pendapat keempat dan ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan seni arca yang kasar seperti yang ditemui di Srivijaya iaitu ikatan tali kulit harimau.
walaubagaimanapun proses pengambilan terhadap pengaruh HInddu dan Buddha di Asia Tenggara berbeza dalam kalangan pemerintah walaupun pengambilan pada masa yang sama contohnya dalam aspek amalan dan kepercayaan.Agama yang dianuti di Kedah tua pada abad ke 5 ialah Buddha tetapi di Indonesia ialah Hinddu.


Jelaskan pengaruh Hinddu dan Buddha dalam aspek pemerintahan di Srivijaya? (10m)
Sistem pemerintahan di Srivijaya amat komplek jika dibandingkan dengan sistem pemerintahan kerajaan lain di Asia Tenggara. Pengaruh India dalam sistem pentadbiran itu lahir dalam bentuk konsep raja yang mengamalkan agama Buddha Mahayana.
Raja akan dibantu oleh pentadbiran pusat dan pentadbiran daerah. dalam pentadbiran pusat terdapat empat kumpulan anak raja iaitu Yuvaraja, Pratiyuvaraja, Raja Kumara dan Raja Putra. Seorang daripada tiga anak raja akan menggantikan raja kecuali RAja Putra kerana dia merupakan anak gundik. di bawah anak raja terdapat Parvanda atau senapati iaitu ketua pentadbiran pusat dan dibawahnya terdapat pegawai lain seperti hakim, temenggung dan penghulu. Hamba raja merupakan golongan paling bawah dalam hieraki pentadbiran . pentadbiran daerah pula ditadbir oleh datu yang dilantik oleh raja yang dapat dibahagi kepada 2 iaitu parvanda (berketurunan raja ) dan bhupati (orang-orang kaya). golongan datu ini perlu mengikuti upacara angkat sumpat yang dijalankan di Telaga Batu.


goooooood luck to all student 5 a ren..